14 September 2008

76 Tips Memenangi Hati Wanita


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan         perkara lain dan peluklah dia


2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanyaSaya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakanAku cinta padamu’. 

27. KatakanAku cinta padamusekurang-kurangnya sekali sehari

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu

32. Basuhkan kereta yang dipakainya

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jimajika itu yang dia suka

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’. 

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam. 

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat sepertiAwak nampaknya gembira hari iniatauAwak nampak letihdan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda

55. Solat bersama dan berdoa bersama

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakanBetul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

1 komentar:

SOFYAN TATO mengatakan...

blognya bagus ilo, saya terkesan dengan pesan pada kekuatan berpikir